Thursday, 22 December 2016

Holiday is Killin' Me sobsobsssss

Assalamualaikum



Yessss holiday is killing me definitelyyy!!! Serius bosan sungguh la cuti sem ni haduyaiiii. Waktu tak cuti kemain meroyan nak cuti la nak kasi rehat kat otak la hape la. Tapi bila dah dapat cuti ni serius la weh tak tau nak buat apa. Bosan dia memang takleh bawak bincang!! Time lepas habis exam sem 1 haritu kemain lagi la aku berura-ura nak sambung driving class yg tergendala sebab dah masuk belajar en. Hasrat hati nak belajar laju-laju pastu terus test time cuti gak sebab tangan memang dah gatal nak pegang stereng. Last2 semua benda yg di-plan tu cam habuk yg ditiup pergi je la citer dia. Sifat malas lebih menebal dalam diri nak2 lagi bila aku ni boleh dikategorikan sebagai manusia yg suka bertangguh sobsobsobssss :'(((((((((((

Cuti kali ni tak pergi mana-mana pun just terperap kat rumah menghabiskan sisa-sisa cuti yg ada. Hajat hati nk short vacay dgn family tercinta la, nak hangout dgn kengkawan la, nak buat comeback dgn my lovely squad la tapi semuaaaa tu tak kesampaian. Semua sebab duit dah habis buat modal beli laptop al-maklumlah sem 2 nanti kena buat kerja kursus pulak. Habis lebur semua duit yg ada utk rancangan hangout sume tu. Tapi bila fikir balik elok gak cuti ni tak merayap pergi memane sebab dapat teman umi dgn babah kat rumah en *bajet anak mithali jap uhuks*

Bila dah bosan duduk rumah ni memang mengunyah je la kerja aku. Plan nk diet time cuti ni pun ke laut la weh ke dalam dasar laut yg paling dalam yg takde sesape mampu menyelam sampai sana dah huwaaaaa. Tp yg paling menyayat hati bila gain weight time cuti ni weh masyaallah sedih gila wehhhhhhhhh eeeeeiiiii serius sedih la weh tak tipu. Rasa cam tak nak gi sambung belajar je sebab gain weight hahahahahaha :'))))) :'(((((

Ok la yg ni last la karang kalau bebel panjang sangat org menyampah en tp masalahnya ada ke org nak baca blog aku ni hahahahahahaha. Seorang manusia bernama Faie ni memang la tersangat cuai perangainya. Cuai sampai tahap phone kesayangan aku tu crack weh ko paham tak crack!!!!! Bayangkan la en aku gi subway dgn akak aku pastu tgh syok berborak tetibe phone aku melayang ke lantai lalu crack seribu screen dia perghhhh tersentap jiwa raga aku!!! Tp masalahnya en aku citer kat sini pun ada org kisah ke lol. Dan disebabkan nak beli phone baru tp duit dalam dompet pun dah kena culik, so i've decided for doing online business. Takleh nak cerita bebanyak sebab perancangannya nak start Februari 2017 huhu.

"Harapan saya bagi tahun 2017 ialah semoga saya menjadi rajin serajin-rajinnya dalam usaha menghabiskan pelajaran di dalam tingkatan 6 dgn keputusan yg penuh gilang-gemilang lalu dapat meneruskan pelajaran saya pada peringkat ijazah sarjana muda di dalam kursus undang-undang yg saya hajati."

Live hell or live well,
Zulaika 

Saturday, 26 November 2016

End of Sem 1

Assalamualaikum


Roadtrip with my gals one day ok :*

Act sem 1 officially done 14 Sept which is hari Isnin minggu lepas. But well stpm en pembelajarannya masih berteraskan kurikulum sekolah so kitorang start cuti yg memang cuti sebenar ialah semalam. Memang tersangat pishang la sbb seminggu duduk kat hostel tanpa ada apa-apa aktiviti yg menyumbang kpd ke-kreatif-an kami huhuhuhu. Patutnya pergi sekolah cam biasa tp kitorag buat kepala sendiri terbongkang di hostel seperti raja hahaha. Mana yg cam baik2 ikut peraturan tu pergi la sekolah en kitorang je cam nakal sikit hihihi.

Time exam berlangsung memang aku nk senyum kat org pun payah apatah lagi nk bergelak ketawa. Stress study memang takleh bawak bincang weh! Even belajar 4 subjek je tp nk menelaah dia tu dalam tempoh beratus jam pun tak sempat srs weh. Ko bayangkan la syariah yg aku pulun bagai nk rak tu akhirnya soalan yg keluar time exam langsung tkde dalam buku! Eeeeiiii memang stress gila wehhhh!!! Sume org balik hostel memang dah bebel2 dah disebabkan kegilaan soalan syariah. Terus takde mood nak study pam malam tu padahal pam cam killer subject la gak. Sejarah cam hurmmmzzz okok la aku tak berani nk cakap apa. Yg pasti mostly spot sejarah keluar la but still aku tak berani nk komen anything about it.

Minggu akhir kat hostel memang diisi dgn kegirangan kanak2 ribena dah macam budak kecik sugar high hahahaha. Yg lebih menyeronokkan bila form1 dorm kaherah dihalau balik oleh pentadbir sbb buat semak mata yg memandang hahaha. Memang dorm tu kecoh dgn suara karok kami yg sedap sangaaattt memang layak gi audition The Voice :')))). Pastu en kitorang kena sound dgn upper six sbb bising sgt al-maklumla diorang en kena study utk repeat paper en. Tp takpe salah kitorang gak. Pastu en kitorang sume gi Ioi Putrajaya bersiar-siar makan-makan seronok-seronok. Well kitorang makan kat Tony Roma's sbb time tu diorang buat student promotion yg memang murah gilaaaaa seronoknyaaaaaa!!! 


Tony Roma's ermmm dapnyaaaa huhu



Ni je gambar complete troopssss kami but still chul
dgn qilah sr takde huwaaaa :'((((

Lar but not least, selamat bercuti teman-teman #quartersKLO ku yg ku sayangi sekalian!! Cuti ni jaga diri leklok jgn nakal-nakal ok. Bak kata org tuuuuu "Cuti ni jaga pakwe memasing leklok ok hahaha". Ok la all of you will be missed sangat sangat sangaaaatttt :'((((

Live well or live hell,
Zulaika