Sunday 19 August 2018

Long Time No See ehhhhh Guyssssieeee :P

Assalamualaikum



Procrastination is one of my forte. Update blog pun jaraaaaangggg sangat. Ikut hati. Kalau malas, maka tiada apa-apa pembaharuan lah dekat blog aku ni. Kalau mood melambung kegembiraan hingga ke langit ketujuh, panjang meleweh hingga orang yang mungkin akan membaca pasti menyesal hingga akhir hayat. Teramat ajaib hari ni sebab mood rajin sikit akhirnya sudi menjengah ke pintu hati. Mungkin sebab dah lama tak membebel, kemungkinan inilah saat yang paling sesuai untuk aku luahkan di sini.

Aku cuma menunggu dua perkara yang bakal berlaku bulan hadapan. Hari terakhir aku habiskan masa petangku sebagai guru kanak-kanak darjah tiga dan minggu akhir yang akan aku habiskan untuk mengemas segala pakaian dan keperluan yang aku butuhkan di medan perang degree ku nanti. Tak sangka sudah masuk bulan kelapan aku mengajar mereka. Hatiku dah lama terpaut dengan mereka tapi mereka yang baik sahajalah. Yang nakal tu aku persetankan sahaja :’))))). Melalui merekalah aku belajar untuk lebih bersabar dengan kerenah mereka yang luar biasa itu.

Permohonan UPU aku pula. Belum rezekiku untuk mendapat tawaran ketika keputusan panggilan upu yang pertama. Surprisingly I don’t feel sad about it. Mungkin sebab aku dah tanam dalam hati keputusan yang telah ditentukan tu segalanya datang dari Allah. Mungkin rezekiku tiada di dalam arena guaman. Mungkin juga rezekiku bertebaran di dalam perkara lain yg aku tak ketahui. Aku percaya bahawa Allah akan mengurniakan sesuatu yg lebih sesuai daripada permintaan makhluk-Nya. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yg terbaik untuk setiap makhluk-Nya di muka bumi ini.

Oleh itu, aku dikehendaki membuat rayuan untuk kemasukan pelajar Ijazah Sarjana Muda ambilan September 2018/2019 melalui e-rayuan. Sesiapa yg ingin membuat rayuan tersebut mestilah memilih empat kursus yg dah disenaraikan mengikut kelayakan. Aku telah membuat maklumbalas kepada UPU dan jawapannya adalah dibolehkan utk menghantar dua pilihan rayuan sahaja. Makanya aku memilih dua kursus yg berbeza di universiti yg sama iaitu UKM. Kursus tersebut adalah sejarah dan sains politik. Aku telah menghantar dua surat rayuan utk kedua-kedua kursus tersebut agar pihak UKM dapat melihat kesungguhan aku utk turut serta menjadi komuniti di sana.

Selain itu, aku turut membuat permohonan Bacelor UPM saluran T20. Program ini amat sesuai utk pemohon yg berkelayakan tetapi tak mendapat tempat melanjutkan pengajian di peringkat bachelor di UPM melalui kemasukan Perdana BPKP, KPM dan pemohon yg mendapat tempat tetapi program yg ditawarkan bukan dalam pilihan utama. Aku dikehendaki memilih lima kursus utk permohonan ini. Kursus-kursus yg aku pilih ialah tesl, bimbingan dan kaunseling, sastera bahasa inggeris, kesusasteraan inggeris dan bahasa arab.

Aku berdoa semoga ada rezeki untukku bagi menyambung pelajaran di dalam Ijazah Sarjana Muda. Tidak kisah sama ada di UKM mahupun UPM. Tetapi aku sangat sangat sangat berharap agar aku akan mendapat tempat untuk menjadi salah seorang graduan di Universiti Kebangsaan Malaysia. Aamiin ya raabal alamin J. Aku berjanji akan belajar bersungguh-sungguh dan mendapat dekan setiap sem utk membanggakan umi dan babah in shaa Allah. Dengan rendah hati aku memohon agar kalian boleh mendoakan yg terbaik untuk rezekiku menyambung pelajaran kelak in shaa Allah. Jasa kalian amat aku kenangi sampai bila-bila. 

Idk why I'm babbling sooooo much in this post :'))))))))))). Thanks for reading guysssss!!!!

Live well or live hell,
Zulaika 

2 comments :

  1. Hai,boleh tk nak dpt contact awk?Facebook ,Instagram ,Twitter,or any platform.
    Thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab nak tanya sikit tentang application upm

      Delete