Friday 15 December 2017

Long Time No See

Assalamualaikum

 

It's been awhile since the last time I've updated this blog. The last time I've updated this blog was on 22 December 2016. A year without any new post, serious la faie???? Everytime aku bertapa depan laptop nak update blog mesti aku tak tau nak citer pasal apa. That means kehidupan yg aku lalui teramatlah membosankan. But..... sebenarnya takde lah bosan sangat hidup aku ni. I'm just busy with my life as a student. Aku duduk asrama and tak bawa laptop pun lepas segala kerja kursus aku dah siap sebab aku tahu bahawa keberadaan laptop akan mengganggu-gugat fokus aku untuk belajar. Mana tak nya, asal ada waktu senggang mesti tengok movie. Bila dah khatam movie yg memang dah sedia ada dalam laptop, sedut movie orang lain pulak. Uishhh memang aktiviti yg sangat tidak produktif untuk menghubungkan sel-sel neuron otak aku yg ternyata amat penting untuk seorang pelajar.

Sooooo, secara rasminya aku berjaya menamatkan pengajian aku di tingkatan enam yeayyy!!! I can't believe it wehhhh!!! Aku sendiri tak sangka yg aku mampu menghabiskan tiga sem yg bukan calang-calang kencang dgn dugaan dan cobaan wehhh hahahahaha :'))))) Kiranya tamat sudah lah perjalanan aku menuntut ilmu di SMKA Maahad Hamidiah tu. Enam tahun setengah weh serius aku rasa cam takde life pulak kengkadang. Mata aku dihidangkan dengan rupa yg sama je weh setiap hari kecuali rupa budak-budak form 1 yg baru masuk sekolah tu :') Aku rasa junior-junior kat mekhad tu pun dah bosan tengok muka aku dari zaman diorang baru nak mengenal dunia remaja sampai lah dah habis sekolah and dah boleh kahwin weh huhu. 

Kiranya sekarang ni aku sedang bercuti sambil tunggu full result for my STPM. Full result keluar bulan Mac next year in shaa Allah and result muet pulak keluar bulan Januari. Aku risau gila weh dengan muet aku sumpah sebab soalan muet utk sesi Oktober memang cam harammmmmmm :'((((( Memang susah wehhhh sebab muet sesi Oktober selalunya diambil oleh budak-budak uni. So kiranya soalannya lebih beraras tinggi lah sebab candidates nya pun budak-budak uni en mesti la korang faham en. Jadi dikesempatan ini aku mohon jasa baik korang doakan yg baik-baik je utk result muet aku semoga dapat band 4 dan semoga aku dapat 3.5 utk STPM aku. Amin ya rabbal alamiiinnnnn....

Aku rasa post kali ni memang bosan gilaaaaaa membebel je banyak gambar takde langsung! Post after this aku nak share tentang perjalanan hidup aku sebagai pelajar tingkatan enam. Sooooooo, stay tuned guysssss haaa acah-acah gitchewwww hahahaha :'))))))))))

Live hell or live well,
Zulaika 




No comments :

Post a Comment