Sunday 27 December 2015

Random


Assalamualaikum
Comelnya princess!! Muahcikeddd


Dah lama sangat sangat sangat tak update post kat blog ni. Kadang-kadang sampai terlupa aku ada blog yg perlu diselenggara. Blog yg perlu dicurahkan segala luahan hati di dalamnya. Blog yg sentiasa disayangi kerana menanggung beban luahan hati aku yg sangat complicated haaa gitteww.
I'm officially the SPM leaver yahoooo!!! Rasa seronok gila sebab dah tak payah nak pakai baju sekolah, menghadap segala homeworkssss, turun naik blok form 5 yg maha tinggi setinggi Everest (( haa hiperbola angatt )). Dah tak payah nak handle disiplin dakdak asrama, pantau toilet & bilik-bilik khas & dorm setiap pagi. Dah tak payah nak buat roll-call tiap-tiap balik wajib, nak marah dakdak asrama yg selalu berperangai hyper kuasa giga punya active dia tu haihh. Rasa macam masyaallah inikah yg dinamakan syurga dunia??? Hahahaha.

Waktu sebelum SPM kemain lagi plan nak buat itu la, nak buat ini la dengan kengkawan. Nak menggila bagai nak rak, nak ukur luas segala lantai kat ioi la alamanda la ts la segala bagai. Nak movie marathon sampai lebam sampai rabak poket. Nak on plan diet sebab nak kurussss bergaya meletoppp haa banyak gila kot plan. End up? Aku hanya terperosok di ceruk bilik di rumahku di ampang sambil menghabiskan sisa baki hidupku yg bergelar seorang pengangur terhormat dan dengan penuh bangganya menambahkan lagi beban tanggungan encik babahku sayang. Dan tidak lupa juga menjadi individu yg memikul mandat sebagai seorang tukang 'peghabih bogheh' (( perhabis beras )). Dahsyat sungguh aktiviti yg amat tidak produktif yg telah aku harungi. 

Dan disebabkan oleh kebosanan yg amatlah mencengkam kalbu seorang anak remaja yg gemarkan sensasi kehidupan yg lebih warna-warni, aku pun decide utk ikut akak aku balik dengkil which is rumah sewa dia dan bekerja di sebuah supermarket di sana. Mula-mula umi macam eh boleh ke kau hidup sebulan kat sana dengan akak kau? Babah pulak selalu cakap tak payah ikut  akak balik sebab nanti kau tak cukup makan. Wehhhh hahaha kelakar gila umi dengan babah ni. I'm 17 and I think i'm old enough to decide what's best in my life. Tak lah seteruk yg disangka sebab alhamdulillah aku cukup makan cukup pakai dan yg paling penting sekali cukup banyak tenaga aku yg disalurkan sebagai seorang pekerja kat dengkil ni. Penat gila weh. Balik-balik je melepek cam lepat pisang dah aku kat dalam bilik. Lepat lepat pun still gagah online tau sebab ada wifi yg tanpa had limit. Masyaallah ini satu lagi syurga dunia!!!!

Apa-apa pun, moga Allah tabahkan hati serta ikhlaskan jiwa aku sepanjang tempoh pekerjaan aku. Harap-harap pengalaman yg aku kutip ni akan lebih mendewasakan serta mematangkan aku dan ranumlah seorang faiza yg matang, bijak lagi menawan hati setiap insan (( hahaha cane aku boleh terfikir buat ayat macam ni lol )). Doakan yg baik-baik saja, ya? Semoga apa yg aku buat ada ibrahnya ecece try jadi ustazah pilihan hehehe.



aku tak move on lagi setelah 5 tahun mencintai dia dalam diam. Hurmmm.

Live well or live hell,
Zulaika










No comments :

Post a Comment