Saturday 21 March 2015

Move On.

Assalamualaikum.


Because I'm that kind of person that too attached to memories or someone. Memang payah gilaaaa nak move on weh serious. Banyak kali cuba. End up takde apa-apa hasil pun. Well, i've decided to deliver this post without any draft so kalau cam merepek merapu meraban ke mintak maaf lah bebanyak ye? A lot of unexpected things happen to me this year. It's not easy to manage with a lot of problems by my ownself. Nasib baik ada kawan-kawan yg sudi membantu sudi support each other sudi meringankan beban. Well lately ni aku sukaaa sangat nangis tak tahu apahal hati aku tisu basah sangat. Rapuh gila nak mati. Rasa cam sensitif sangat. Sedih nangis, marah nangis, polak nangis, semua benda nak nangis. Sampai akak aku pun pelik dah kenapa aku ni cengeng sangat asyik nak meleleh je air mata. Cucuk mata biar buta kang baru padan muka.

Banyak kali bertekad nak move on tapi tak tercapai langsung hasrat nan satu itu. 4 tahun menunggu tapi apa pun tak jadi. Asyik kena bebel je suruh move on tapi payah beb! Memerlukan jiwa raga yg maha kental untuk menghadapi peperangan dengan diri sendiri. Tapi bila fikir balik cam buang masa sebenarnya mengharap pada yang tak pasti ni. Ibarat menunggu bulan jatuh ke riba. Bulan tu elok je bersinar terang riang bahagia di angkasa menerangi malam penduduk isi Bumi. Takde maknanya dia nak jatuh ke riba kau semata sebab kau dah menunggu dia untuk bertahun lamanya. Semua benda tu end up jadi sia-sia je. Tunggu dia berkurun sampai tak hiraukan orang sekeliling. Ambil mudah je nasihat yang kengkawan bagi supaya mulakan hidup baru tanpa sebarang masalah. Lupakan kisah lama yang aku rasa dah boleh buat novel lebih daripada 1000 mukasurat and tajuk dia ialah "Penantian Suatu Penyeksaan." Perghh idea aku mencurah-curah pulak di malam yang hening ni.

Whatever it is, just go with the flow. Yakin bahawa jalan cerita hidup kau dah disusun dengan indah oleh Sang Pencipta sejak kau masih berada di dalam rahim ibu lagi. Dia yang atur macam mana kehidupan kau, Kejayaan kau. Cerita cinta kau. Semua benda dari sekecil-kecil kuman sampailah sebesar-besar hidupan Dia dah aturkan. Yes, memang aku akui aku sayang gilaaaa kat dia tapi kalau memang dah tertulis aku takde jodoh dengan dia, nak buat macam mana kan? Sebab ilmu Allah lagi berjuta dan berbilion kali ganda lagi besar dari pengetahuan aku dan semua manusia lain. Allah memang sentiasa nak yang terbaik untuk hamba-Nya sebab Allah maha pengasih dan maha penyayang. Tapi satu kata-kata ni memang aku semat elok-elok dalam ingatan aku, "Allah akan mempertemukan kita dengan orang yang salah sebelum kita bertemu dengan dia yang telah tertulis untuk kita." Belajar daripada pengalaman sebab pengalaman tu ialah cikgu yang paling berkesan ajarannya mengenai kehidupan. 

In shaa Allah lama-kelamaan nanti mungkin aku dapat lupakan dia. If Allah wills it. :)

Live well or live hell,
Zulaika. 















No comments :

Post a Comment