Saturday 14 May 2016

#studentlife

Assalamualaikum.


Lamanya tak update blog sampai dah bersawang berhabuk segala bagai. Hasrat nak update tu memang ada. Tapi bila bukak je lappy, terus terbang melayang segala idea yg konon mencurah-curah tu. Lagipun terfikir gak, ada ke orang nak ziarah blog ni and baca post-post aku? Hanya mampu berhuhu je bila duk berfikir pasal reader(s) blog ni :'))))). Ok, tajuk post kali ni ialah #studentlife. Kenapa mesti ada #? Saja je nak acah-acah halamak ko ni kasi can la sikit huhu. Well, sekarang ni alhamdulillah i'm officially a stpm student at my old school, SMKA Maahad Hamdiah. Bila jejak je kaki kat maahad, sume junior pandang pelik cam aku ada buat dosa kat diorang :'). Mula-mula memang awkward gila la kan bila nk berhadapan balik dgn junior-junior tp apedehal asalkan niat aku baik nak sambung belajar demi mencapai masa depan yg lebih terjamin. Haa gittewww.

Tahun ni adalah batch paling ramai ex-maahad daftar form 6 kat maahad. Cikgu-cikgu sume cam bahagia gila bila jumpa kitorang. Konon cam alhamdulillah still ada warisan generasi maahad lagi yg sudi masuk form 6 kat sana. Adalah dalam lebih kurang 8 orang puteri ex-maahad yg join komuniti form 6 kat maahad tu. Budak putera frat memang tak sudi la nak jejak kaki balik kat maahad tu lol. Orientasi kitorang berjalan selama seminggu. Tak banyak aktiviti sangat sekadar dengar taklimat pasal subjek form 6 sbb upper 6 ada exam sem 2 so diorang tak dapat nak handle orientasi kitorang. Tp serius la sepanjang orientasi ni memang dipenuhi dgn aktiviti ber-selfie je even curi-curi pun :'))))

Kawan-kawan baru sume baik-baik, friendly, senang nak masuk kepala la kiranya. Sume ok and enjoy la berkawan dgn mereka. Gelak, gosip, kecoh, bising tu takyah citer la. Memang dah macam aktiviti wajib dah di kalangan kitorang. Rasa cam dah kenal lama walaupun baru seminggu lebih je kenal. Haa lupa nak bagitau. Aku ditempatkan ((skema nya ayat lol)) kat kelas 6 bawah Ibn Hisyam. Kelas form 6 lower memang jauh gila la weh. Jauh dari dataran perhimpunan, kantin, masjid. Tp kira heaven la sbb tak bising sangat. Kitorang siap ada bilik rehat sendiri lagi huhu. Alhamdulillah aku dah decide nak amek subjek sejarah sbb nak memenuhi impian aku utk menjadi seorang peguam haa gittew. Even sejarah stpm susah gila, in shaa Allah aku akan belajar betul-betul and dapat ponter 3.5 ke atas amiinnnn.


Lower 6 blok KLO ((berhimpit cam sardin weh lol))



Incomplete geng Joyah :'((( ((missing wani sobsobsss))



Comeback frat98 :* 



Lower 6 2k16 ((last day orientasi))

Last but not least, sebenarnya banyak lagi gambar tp usb buat hal pulak tsk tskkk. Harapnya masa depan aku akan jadi lebih bersinar bila masuk form 6 ni. Doakan yg baik-baik saja utk Siti Faiza Zulaika bt Elly Haiza ye???? Muahhhh ((sori kalau post kali ni cam bosan gila nak mati and hambar kuasa infiniti.)) Adios!!

Live well or live hell,
Zulaika.


No comments :

Post a Comment